Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian mengenai Jawatankuasa Kebangsaan atau National Committee (NC) bagi IFLA WLIC 2018 dan peranan mereka dalam penganjuran IFLA WLIC 2018. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang bertujuan untuk berkongsi dan menyebar maklumat mengenai IFLA WLIC 2018 dikalangan perpustakaan khusus serta menggalakkan penyertaan serta penglibatan warga perpustakaan khusus dalam Kongres tersebut. Antara pustakawan dan wakil perpustakaan khusus yang hadir adalah dari Badan Warisan Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad, Agrobank, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Majlis Amanah Rakyat, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Berita Nasional Berhad (BERNAMA), Astro Broadcast Centre, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), WISERF Technologies Sdn Bhd dan beberapa organisasi lagi. Lebih kurang 36 orang pustakawan dan wakil dari perpustakaan khusus dari sekitar Lembah Klang telah menghadiri Program Kesedaran IFLA WLIC 2018 yang diadakan di Serambi Ilmu Rakyat (SIR), Menara Kembar Bank Rakyat pada 12 februari 2018. Oleh Nadia Shakiera M Bahiran, Pusat Sumber PETRONAS Ahli Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus (SLC)
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2022
Categories |